Sunday, February 7, 2010

BAGAIMANA CARA MENGATASI GANGGUAN JIN DI RUMAH

AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN KITA SENDIRI oleh Ustazah Fatimah Zaharah

1. Beri salam apabila masuk rumah dengan ucapan:

'Assalamualaikum..demi janji kamu dengan Nabi Sulaiman, keluarlah engkau dari rumahku dan jangan khianati sesiapa.'

2. Doa untuk bakar jin atau gangguan di rumah sebanyak 3 kali :

'Masya Allahu Kana Wamalam Yasya'lam Yakun Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim'.

3. Surah Al-Jin ayat 1 hingga 15.

4. Surah Assoffat ayat 1 hingga 10.

5. Ayat Kursi

Dikatakan doa di atas adalah doa Nabi S.A.W. yang telah di datangi syaitan yang mahu menyerangnya. Dengan membaca doa ini, akhirnya syaitan terbakar hangus. Surah Jin pula menerangkan tentang golongan jin manakala Surah Assoffat menerangkan kekuasaan Allah dan adanya satu bintang yang bernama Shihab iaitu bintang yang cerdik yang merejam syaitan dengan api dan paling ditakuti oleh syaitan yang mahu menaiki arash untuk mengetahui qada' manusia. Terdapatnya tukang2 tilik yang menggunakan syaitan untuk melihat masa depan dengan cara sampai ke atas arash dan perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam. Bintang Shihablah yang merejam syaitan dengan api untuk sampai ke sana dan syaitan amat takut dengan membaca ayat ini.

Setelah cerita dalam KISAHKU yang tidak berpenghujung, akhirnya aku mengambil iktibar dan mencari usaha sendiri untuk meningkatkan amalan2 yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam. Mungkin ini adalah jalan terakhir untuk menghindari diri kita daripada dibelenggu gangguan jin dan iblis. Kerana aku yakin bahawa sememangnya golongan kelas kedua itu(Syaitan dan Iblis) sentiasa berusaha untuk memesongkan umat manusia. Hanya ayat Allah Maha Pencipta yang menjadikan sekalian alam yang boleh mengatasi niat jahat mereka yang ingkar.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, bagus tu pencerahan tuan, inilah yg sedang saya jalani. Cuma persoalan saya ni, iblis suka ganggu istri sy, bisik2 yang jahat, tp sy suruh istighfar terus.
    Sy tdk ada takut, malah sedang krn justru diingatkan agar lbh dekat dgn Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Sama2 lah kita memajukan diri di landasan yang diredhai-Nya. Orang yang sibuk membaca al-Quran, Allah akan beri dulu permintaan doanya daripada banyak2 orang lain serta menjadi peguam bela kita di kubur dan akhirat kelak. Sama2lah kita mempelajarinya.

    ReplyDelete